BERITA UTAMA

Beri bantuan perubatan, peralatan sekolah ringan beban penduduk

7 Nov 2021, 5:33 AM
Beri bantuan perubatan, peralatan sekolah ringan beban penduduk

SEPANG, 7 NOV: Ahli majlis digalakkan menyumbang bantuan perubatan dan keperluan sekolah bagi meringankan beban penduduk, kata EXCO Kerajaan Tempatan.

Ng Sze Han berkata inisiatif itu penting memandangkan sesi persekolahan sudah bermula selain permintaan untuk bakul makanan sudah berkurangan.

"Selangor sudah beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ramai individu sudah kembali bekerja. Jadi permintaan bakul makanan berkurang.

"Sekarang perubatan dan alatan sekolah antara keperluan penting untuk membantu keluarga dan mengurangkan beban perbelanjaan," katanya.

Beliau ditemui pada program Jom Kembali Ke Sekolah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Majlis Perbandaran Sepang Zon Kota Warisan hari ini.

Dalam majlis itu seramai 100 pelajar termasuk tujuh anak Orang Asli menerima bantuan baucar, kalkulator saintifik dan set geometri membabitkan peruntukan berjumlah RM10,000.

Sementara itu ahli majlis Gun Chee Hui berkata bantuan akan diteruskan lagi sempena pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan.

"Kita lihat bantuan ini antara yang diperlukan. Jika ada permintaan dari pihak sekolah dan penduduk sekitar kita bersedia untuk membantu mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619