AGENDA

Bank Negara sedia bantu siasat isu Kertas Pandora, kata menteri kewangan

11 Okt 2021, 11:30 AM
Bank Negara sedia bantu siasat isu Kertas Pandora, kata menteri kewangan

SHAH ALAM, 11 OKT: Bank Negara Malaysia sedia bekerjasama dengan agensi penguat kuasa untuk menyiasat pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan melibatkan beberapa nama besar.

Menteri kewangan berkata sebarang aktiviti mencurigakan akaun luar pesisir sentiasa dipantau bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan badan terlibat termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam.

"Kalau ada isu yang timbul inilah agensi bertanggungjawab, kalau ada isu perlu disiasat maka Bank Negara sebagai pihak berkuasa berwibawa bawah AMLA sedia bekerjasama dan panjangkan sokongan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab isu dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu perkara itu dibahaskan kerana membabitkan kesan kewangan besar terhadap negara.

Pada 4 Oktober, Anwar mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang.

Usul itu ditolak Speaker Datuk Azhar Azizan Harun dengan alasan ia tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan tersebut mengetepikan urusan yang ditetapkan aturan mesyuarat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619