AGENDA

Anwar: Pendedahan Kertas Pandora libat kewangan negara

11 Okt 2021, 6:28 AM
Anwar: Pendedahan Kertas Pandora libat kewangan negara

SHAH ALAM, 11 OKT: Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan keputusan speaker Dewan Rakyat menolak untuk membahaskan isu Kertas Pandora berikutan pendedahan itu membabitkan kesan kewangan yang besar terhadap negara.

Ketua pembangkang berkata Datuk Azhar Azizan Harun harus membenarkan usul berkenaan dan pihak terbabit perlu memberi jawapan di Parlimen kerana masalah itu ternyata lebih meruncing susulan lebih banyak maklumat timbul.

Menurut ahli Parlimen Port Dickson, lebih mengecewakan speaker bertindak seolah-olah 'peguam' kepada nama besar dikaitkan dalam pendedahan berkenaan dengan memberikan jawapan bertentangan.

"Yang Dipertua hendak jadi peguam bagi pihak perasuah sebab apa? Saya ada dokumen bagaimana seorang menteri umpamanya boleh simpan pemain saham di sana.

"Kemudian ini bukan pengaliran keluar (dana dari Malaysia)? dari mana? dari langit? Maksudnya dari sini, sebab itu saya kait tiga perkara iaitu Laporan Integriti Kewangan Global 2012, Kertas Panama 2015 disusuli 2021 (Kertas Pandora) yang jumlah ratusan bilion," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar membantah penjelasan Azhar yang memaklumkan pendedahan dalam Kertas Pandora itu bukan berkaitan pengeluaran dana daripada Malaysia ke luar negara sebaliknya berkaitan pemegang saham di syarikat pesisir.

Pada 4 Oktober lalu, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengemukakan usul supaya Dewan Rakyat segera membahaskan pendedahan Kertas Pandora berhubung transaksi kewangan yang menyalahi undang-undang negara melibatkan beberapa nama besar.

Bagaimanapun, Azhar menolak usul itu atas tidak perlu disegerakan sehingga memaksa persidangan itu mengetepikan urusan-urusan yang telah ditetapkan aturan urusan mesyuarat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619