AGENDA

Usaha PAKATAN pulih Tabung Haji diakui Ketua Audit Negara

5 Okt 2021, 12:40 AM
Usaha PAKATAN pulih Tabung Haji diakui Ketua Audit Negara

SHAH ALAM, 5 OKT: Usaha memulihkan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN) pada 2018 diperakui Ketua Audit Negara.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata laporan audit 2019 terbabit mengiktiraf usaha kerajaan pada waktu itu yang patuh piawaian kewangan antarabangsa dan tempatan.

"Usaha penstrukturan semula itu mengembalikan pematuhan integriti Tabung Haji dan beroperasi mengikut Akta Tabung Haji 1995.

"Kalau diiktiraf bermaksud piawaian kewangan Tabung Haji ini bersih dan sihat berbanding 2017 apabila disebut ada jurang RM4.1 bilion, nilai rosot tidak konsisten dan kerugian tidak didedah," katanya yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau berkata demikian pada program anekdot menjawab isu Tabung Haji secara langsung di Facebook Dialektika malam tadi.

Mujahid turut mempersoalkan mengenai pelan penstrukturan semula Lembaga Tabung Haji (TH) tidak termasuk dalam terma suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang akan ditubuhkan.

"Bila kita tanya mereka cakap hendak semak apa yang berlaku dalam Tabung Haji bermula 2014 sehingga 2020 tetapi tidak termasuk penstrukturan semula.

"Sepatutnya harus dimasukkan kerana itu menjadi asas apa yang kita lakukan betul atau tidak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619