AGENDA

Pinda perlembagaan lantik pembangkang jadi timbalan speaker Dewan Rakyat

14 Sep 2021, 8:33 AM
Pinda perlembagaan lantik pembangkang jadi timbalan speaker Dewan Rakyat

SHAH ALAM, 14 SEPT: Kerajaan akan meminda Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan untuk menambah jawatan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat kepada tiga dengan satu daripadanya diisi wakil pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata atas sebab itu kerajaan memohon pemilihan timbalan yang dipertua baharu yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan.

Menurut Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, penangguhan itu bagi membolehkan kerajaan meminda Perkara 57(1)(b) untuk memilih tiga timbalan yang dipertua berbanding dua pada masa ini.

"Walaupun dalam perlembagaan tidak tetapkan siapa menjadi timbalan kerana dipilih ahli Dewan Rakyat, maka kita akan buat peraturan seorang daripada tiga disandang wakil pembangkang.

"Saya sudah berbincang dengan Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) supaya pindaan ini dibawa pada sidang ini untuk bacaan kali pertama dan dilulus Oktober depan," katanya.

Usul menangguhkan pemilihan itu yang dibawa oleh Wan Junaidi diluluskan Dewan Rakyat selepas mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

Satu daripada dua jawatan timbalan yang dipertua Dewan Rakyat kosong susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 23 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619