AGENDA

Vaksin Covid-19: Calon SPM, STPM perlu diberi keutamaan terima suntikan

9 Sep 2021, 3:10 PM
Vaksin Covid-19: Calon SPM, STPM perlu diberi keutamaan terima suntikan

SHAH ALAM, 9 SEPT: Keutamaan suntikan vaksin Covid-19 perlu diberi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Pengarah Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO) Mohammad Farhan Rusli berkata selain itu, keutamaan pembukaan sekolah juga patut diberi kepada pelajar yang menduduki peperiksaan penting itu sahaja

"Saya tidak bersetuju jika bulan depan sekolah dibuka untuk semua peringkat sebaliknya patut dibuka kepada pelajar yang ada peperiksaan seperti SPM dan STPM.

"Peperiksaan kepada murid darjah satu, dua atau tiga tidak penting buat masa ini, jangan kerana terlalu mahu mengejar gred peperiksaan kita meletak nyawa anak-anak dalam bahaya," katanya kepada SelangorKini.

Dr Mohammad Farhan juga mencadangkan pemberian vaksin kepada remaja bawah usia 18 tahun diadakan di sekolah berbanding pusat pemberian vaksin (PPV).

"Saya cadangkan pemberian vaksin dimulakan dengan projek rintis di sekolah berasrama kemudian di sekolah kebangsaan dan lain-lain secara berperingkat.

"Proses suntikan ini juga perlu selesai sebelum sekolah dibuka sepenuhnya bagi memastikan risiko pelajar dijangkiti Covid-19 itu rendah," katanya.

Hari ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan pemberian vaksin kepada remaja berumur 18 tahun ke bawah akan dibuat secara berperingkat seiring tarikh pembukaan sekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619