Kilang plastik di Jeram musnah 80 peratus dalam kebakaran petang tadi

26 Feb 2026, 12:36 PM
Kilang plastik di Jeram musnah 80 peratus dalam kebakaran petang tadi

SHAH ALAM, 26 FEB: Sebuah kilang memproses bahan plastik di Kawasan Perindustrian Tambak Jawa, Jeram di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.34 tengah hari dan tiba di lokasi 23 minit kemudian.

“Seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Bestari Jaya, Tanjung Karang, Klang Utara, Sabak Bernam dan Sungai Besar telah dikerah ke lokasi sebelum mendapati sebuah kilang memproses bahan plastik berstruktur terbuka dengan keluasan 200x100 kaki persegi musnah sekitar 80 peratus.

“Setakat petang tadi, sebanyak 50 peratus kawasan terjejas telah berjaya dipadamkan menggunakan sumber air terbuka dan tangki air melalui dua aliran hos sepanjang 700 kaki serta empat pancutan nozel manakala bakinya masih dalam tindakan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, tiada mangsa dilaporkan manakala punca kejadian sedang dikenal pasti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619