Trump naikkan tarif import global kepada 15 peratus

22 Feb 2026, 2:17 AM
Trump naikkan tarif import global kepada 15 peratus

ISTANBUL, 22 FEB: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu meningkatkan kempen tarif baharunya dengan berikrar untuk menaikkan tarif global 10 peratus yang diumumkan sebelum ini kepada 15 peratus, walaupun selepas Mahkamah Agung memutuskan tindakan kenaikan tarif beliau sebelum ini adalah tidak sah, lapor Anadolu Ajansi.

“Berdasarkan semakan yang menyeluruh, terperinci dan lengkap terhadap keputusan mengenai tarif yang tidak munasabah, ditulis dengan buruk dan luar biasa anti-Amerika yang dikeluarkan semalam ... oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat,” tarif global itu akan dinaikkan kepada 15 peratus “berkuat kuasa serta-merta,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Pengumuman itu dibuat susulan kenyataannya pada Jumaat yang mengkritik keputusan mahkamah yang disifatkannya sebagai “amat mengecewakan” kerana membatalkan tarif “kecemasan” yang dilaksanakannya di seluruh dunia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619