Mahkamah Agung AS dijadual mengundi keabsahan dasar tarif Trump

5 Nov 2025, 6:08 AM
Mahkamah Agung AS dijadual mengundi keabsahan dasar tarif Trump

WASHINGTON, 5 NOV: Mahkamah Agung Amerika Syarikat dijadual mengundi pada Rabu mengenai keabsahan dasar tarif Presiden Donald Trump, bertepatan dengan ulang tahun pilihan raya 2024 yang membawa kepada penggal kedua pentadbirannya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Trump berulang kali mendakwa bahawa dasar tarifnya telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara terkaya di dunia.

Beliau juga berkata negara itu telah menerima lebih US$200 bilion dalam bentuk “wang tarif” dan berjanji untuk meningkatkan jumlah itu kepada US$1 trilion setahun.

Beliau tidak akan menghadiri sesi terbabit kerana tidak mahu “mengalihkan perhatian daripada kepentingan keputusan ini.”

Trump turut memberi amaran bahawa sekiranya mahkamah memutuskan dasar tarifnya tidak sah, Amerika Syarikat akan terjejas dan ekonominya akan merudum.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619