Wanita tikam leher ibu kandung guna alat pembuka tin ditahan

21 Feb 2026, 12:43 AM
Wanita tikam leher ibu kandung guna alat pembuka tin ditahan

KUALA PILAH, 21 FEB: Polis menahan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun selepas didakwa menikam leher ibunya di Kampung Segineh Inas, Johol di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Muhammad Mustafah Hussin berkata siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan senjata tajam iaitu alat pembuka tin.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam pada 7.08 malam berhubung satu pergaduhan yang berlaku di sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Mangsa yang berusia dalam lingkungan 80-an kemudian dibawa ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil serta masih di bawah pemantauan pihak hospital,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek mungkin mempunyai masalah kesihatan mental namun motif kejadian masih dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah menerusi talian 06-4842 999.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619