Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia

19 Feb 2026, 6:45 AM
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan anaknya Murni Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama.

Murni berkata bapanya dimasukkan ke HUKM 9 Feb lepas dan meninggal dunia kerana sakit tua di samping isteri Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak.

"Insya-Allah, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya selepas solat asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya Presint 20.

"Bersama-sama kita doakan agar semua urusan berjalan dengan lancar," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Abdul Hamid berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari Dis 2007 hingga Okt 2008.

Allahyarham sebelum itu dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 Sept 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619