Wanita warga emas ditemui mati dalam rumah dipenuhi sampah

4 Mac 2026, 2:00 PM
Wanita warga emas ditemui mati dalam rumah dipenuhi sampah

IPOH, 4 MAC: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah yang penuh dengan longgokan sampah dan barangan terpakai di Taman Golden Dragon dekat Kampar, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.22 petang berkaitan terdapat mangsa di dalam sebuah rumah jenis dua tingkat dengan pintu berkunci.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati pihak polis dan petugas KKM (Kementerian kesihatan) telah berada di situ. Pintu hadapan tidak dapat dibuka sepenuhnya kerana terdapat halangan membabitkan sejumlah barangan lama dan sampah.

“Dimaklumkan terdapat seorang mangsa wanita kelahiran Malaysia yang berkerakyatan Amerika Syarikat berumur 61 tahun di dalam rumah dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum jentera bomba tiba,” katanya.

Beliau berkata berikutan laluan pintu hadapan terhalang oleh barangan terpakai dan sampah itu, pasukan bomba terpaksa membuka pintu belakang bagi memudahkan mangsa dibawa keluar.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619