Dua wanita cedera, pokok tumbang hempap MPV di Shah Alam

16 Feb 2026, 7:07 AM
Dua wanita cedera, pokok tumbang hempap MPV di Shah Alam
Dua wanita cedera, pokok tumbang hempap MPV di Shah Alam

SHAH ALAM, 16 FEB: Dua wanita mengalami kecederaan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok di Persiaran Tun Arshad Ayub di Seksyen 7, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.11 tengah hari dan dua mangsa dilaporkan terperangkap.

“Komander operasi melaporkan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah MPV berwarna hitam dan terdapat dua orang mangsa tersepit.

“Kesemua mangsa telah selamat dikeluarkan. Wanita berusia 39 tahun cedera di bahagian muka dan kepala manakala mangsa berusia 42 tahun cedera di bahagian pinggang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata kesemua mangsa kini dirujuk ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata seramai 12 pegawai dan anggota berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi berkenaan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 28 tahun mengalami detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap pokok ara tumbang di kawasan pasar malam di Jalan Terusan Utama, Sekinchan sekitar 10 malam tadi.

Bagaimanapun, Ahmad Mukhlis berkata lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619