Sultan, Permaisuri Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina

13 Feb 2026, 3:18 PM
Sultan, Permaisuri Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam bersempena dengan Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada kira-kira 7.50 malam itu disambut ahli perniagaan Tan Sri Jason Goh dan isteri Puan Sri Pernille Goh yang merupakan penganjur majlis berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup dan isteri; serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.

Hadir sama, EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor Dr Mohammad Fahmi Ngah dan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han.

Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dan isteri Datin Seri Florence turut hadir memeriahkan makan malam berkenaan.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyempurnakan upacara menggaul Yee Sang, sebuah hidangan tradisi Tahun Baru Cina, yang melambangkan kemakmuran, kekayaan, dan nasib yang baik.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa oleh Kumpulan Woo Ling Yee Jia di hadapan kira-kira 140 tetamu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619