MB luang masa ziarah rakan aktivis sempena Tahun Baharu Cina

17 Feb 2026, 5:41 AM
MB luang masa ziarah rakan aktivis sempena Tahun Baharu Cina
MB luang masa ziarah rakan aktivis sempena Tahun Baharu Cina
MB luang masa ziarah rakan aktivis sempena Tahun Baharu Cina

GOMBAK, 17 FEB: Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, menziarahi rakan-rakan aktivis dalam program Jelajah Parlimen Gombak dan DUN Sungai Tua hari ini.

Bermula di Selayang Baru, Amirudin tiba pada jam 11.30 pagi bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhammad dan anak-anak menziarahi aktivis Bill Lim .

Mengenakan batik merah, beliau meluangkan hampir 30 minit bertanya khabar sambil menikmati kuih muih yang dihidang oleh keluarga Lim.

Dalam suasana hangat penuh muhibah, Amirudin dan keluarga Lim turut mengaul Yee Sang, simbol kesejahteraan dan panjang umur masyarakat Cina, sambil mengagihkan ang pow kepada tetamu.

Mereka juga beramah mesra dan memenuhi permintaan bergambar, menambah kemeriahan kunjungan tersebut.

Bill Lim mengakui terharu dengan kehadiran itu, memandangkan ini kali pertama Dato’ Menteri Besar menziarahi rumahnya.

Aktivis Lim Yew Guan. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

"Saya sangat bersyukur dan terharu apabila dimaklumkan Pejabat Ahli Parlimen Gombak bahawa Dato’ Menteri Besar akan berkunjung. Kami sekeluarga terus membuat persiapan awal.

"Harapan saya, perpaduan dan keharmonian di Selangor terus terpelihara dan semakin kukuh di bawah kepimpinan beliau," katanya.

Seterusnya, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua dijadualkan mengunjungi aktivis lain iaitu Ah Chai, Alex Kee dan ahli fisioterapi Dato Allen Lim Kok On.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619