Wanita dikerat: Motif bunuh berpunca perselisihan peribadi, tuntutan wang pertunangan

13 Feb 2026, 4:23 AM
Wanita dikerat: Motif bunuh berpunca perselisihan peribadi, tuntutan wang pertunangan

KOTA KINABALU, 13 FEB: Perselisihan hubungan peribadi dan tuntutan wang pertunangan dipercayai punca seorang wanita wanita dibunuh dengan mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi di Indah Permai, Kota Kinabalu, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Ab Rahman berkata berdasarkan hasil soal siasat awal, suspek seorang lelaki berusia 71 tahun yang ditahan petang semalam, telah mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan polis memberi jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional bagi memastikan keadilan ditegakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Lot berkata suspek berjaya ditahan hasil maklumat daripada saksi yang telah melihat mangsa berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik semula oleh seorang lelaki.

Beliau berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu bersama D7 dan D9 telah menahan seorang lelaki berumur 71 tahun di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II bagi membantu siasatan pada 8.10 malam.

Syed Lot berkata berikutan penahanan warga emas itu, seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu ditahan di sebuah unit kediaman di taman Seri Maju Apartment, Sepanggar .

“Turut dirampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian dan sebuah kenderaan Nissan X-Trail,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, anggota badan seorang wanita dipercayai dikerat kepada beberapa bahagian ditemukan di tempat pembuangan sampah di Indah Permai oleh pekerja pembersihan yang menjalankan kerja kutipan sampah kira-kira 7 pagi.

Pencarian lanjut membawa kepada penemuan kepala serta badan mangsa pada 11.40 pagi di lokasi berhampiran.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619