Status projek mitigasi banjir kini boleh disemak secara dalam talian

12 Feb 2026, 8:01 AM
Status projek mitigasi banjir kini boleh disemak secara dalam talian
Status projek mitigasi banjir kini boleh disemak secara dalam talian
Status projek mitigasi banjir kini boleh disemak secara dalam talian
Status projek mitigasi banjir kini boleh disemak secara dalam talian
Status projek mitigasi banjir kini boleh disemak secara dalam talian

SHAH ALAM, 12 FEB: Penduduk Selangor kini boleh memantau perkembangan projek tebatan banjir di kawasan masing-masing secara telus menerusi ‘Dashboard’ Projek Mitigasi Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang dilancarkan hari ini.

Inisiatif pendigitalan itu diumumkan EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim yang berkata platform berkenaan membolehkan orang awam mengakses maklumat tanpa sebarang sekatan berkaitan status pelaksanaan projek baik pulih dan mitigasi banjir.

Menurut beliau, idea pembangunan papan pemuka tersebut tercetus susulan pertanyaan kerap diterima daripada penduduk serta Ahli Dewan Negeri mengenai perkembangan projek di kawasan masing-masing.

"Idea ini timbul apabila saya melihat terlalu banyak pertanyaan dan permohonan untuk melihat kemajuan projek. Sebelum ini kita adakan mesyuarat, namun kekerapannya terhad.

"Justeru, untuk ketelusan, ‘dashboard’ ini dipaparkan secara umum. Orang awam termasuk wakil rakyat boleh menyemak sendiri kemajuan projek, status semasa dan masalah yang dihadapi di tapak," katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan 'Dashboard' Projek Mitigasi Banjir JPS Selangor di Bangunan SUK di sini hari ini. Hadir sama Pengarah JPS, Dato’ Ir Mohd Nazri Yasmin.

Mengulas lanjut, Izham memaklumkan platform mesra pengguna itu memaparkan lebih 50 projek mitigasi banjir sedia ada, termasuk projek di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan pihak berkuasa tempatan.

Sistem yang dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh kakitangan JPS itu menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS) dan perisian ArcGIS Server.

Dalam pada itu, Izham turut menyarankan agensi lain di Selangor mengikut jejak langkah JPS dalam memaparkan perkembangan projek infrastruktur kepada umum.

"Saya harap agensi lain ikut inisiatif ini. Contohnya orang ramai juga mahu tahu di mana lokasi penggantian paip sepanjang 285 kilometer atau 300 kilometer (oleh Air Selangor) itu dan apa statusnya.

"Saya yakin perkara ini boleh diperluaskan kepada jabatan yang menguruskan banyak projek bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri dalam menguruskan pembangunan infrastruktur untuk rakyat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619