Amaran banjir di Pasir Mas, Tumpat bermula tengah malam ini - JPS

26 Dis 2025, 3:44 PM
Amaran banjir di Pasir Mas, Tumpat bermula tengah malam ini - JPS

KOTA BHARU, 26 DIS: Beberapa kawasan rendah di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Dis susulan jangkaan hujan berterusan tahap bahaya yang akan menyebabkan peningkatan paras sungai.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran berkenaan melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar lembangan Sungai Golok.

Kawasan yang dijangka terjejas di Pasir Mas termasuk Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To’Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Padang Kijang, Tasik Cina, pekan Rantau Panjang, Kampung Lubok Gong, Kampung Gual Dalam, Kampung Tok Deh, Kampung Tok Rusa dan Kampung Telaga Mas.

“Di jajahan Tumpat pula, kawasan terlibat merangkumi Kampung Pak Keral, Kampung Kok Bedullah, Kampung Nechang, Kampung Pauh Sebanjar, Kampung Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan,” menurut kenyataan itu.

PRABN JPS memaklumkan banjir yang diramalkan berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan dan penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana.

“Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi banjir melalui laman sesawang Public Info Banjir atau saluran media sosial rasmi berkaitan,” menurut kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619