DASA 2026 landasan tepat jadikan Shah Alam kota sastera bertaraf antarabangsa

10 Feb 2026, 10:35 AM
DASA 2026 landasan tepat jadikan Shah Alam kota sastera bertaraf antarabangsa
DASA 2026 landasan tepat jadikan Shah Alam kota sastera bertaraf antarabangsa
DASA 2026 landasan tepat jadikan Shah Alam kota sastera bertaraf antarabangsa

SHAH ALAM, 10 FEB: Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor 2026 (DASA 2026) menjadi platform strategik bagi menjadikan Shah Alam sebagai kota sastera bertaraf antarabangsa, berasaskan pengukuhan bahasa, sastera dan budaya sebagai teras pembinaan tamadun dan jati diri bangsa.

EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah, berkata penganjuran dialog berkenaan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan kebudayaan secara berterusan, selain menjadikan nilai budaya sebagai sebahagian daripada pembangunan negeri.

EXCO Kebudayaan Dato' Borhan Aman Shah berucap ketika majlis penutupan Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor (DASA) 2026 di UNISEL, Shah Alam pada 10 Februari 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Bahasa, sastera dan budaya bukan sekadar warisan silam, sebaliknya menjadi asas penting dalam membina tamadun, jati diri dan pemikiran masyarakat,” katanya ketika merasmikan majlis penutup program itu di Universiti Selangor (UNISEL), di sini.

Beliau menegaskan pembangunan negeri tidak seharusnya tertumpu semata-mata kepada kemajuan fizikal atau ekonomi, sebaliknya perlu disertai pembinaan jiwa bangsa melalui nilai budaya dan ilmu.

Program dua hari itu yang berlangsung sejak semalam disertai kira-kira 250 peserta daripada dalam dan luar negara, termasuk tokoh sastera, ilmuwan, penulis dan penggiat budaya, yang berkongsi pandangan serta pengalaman dalam memartabatkan bahasa, sastera dan budaya tempatan dan antarabangsa.

Majlis pembukaan DASA 2026 yang membuka tirainya semalam dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut hadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berucap pada majlis malam tadi, Amirudin berkata pembangunan dan kemajuan Selangor tidak hanya tertumpu kepada aspek ekonomi semata-mata, sebaliknya menekankan penganjuran program berunsur kebudayaan dan kesenian sebagai medium membina masyarakat berilmu, berakhlak dan berbudaya.

“Penganjuran DASA 2026 bukan sahaja menyemai nilai kemanusiaan dan membentuk pemikiran rasional, malah memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri, seterusnya menjadikan Shah Alam sebuah bandar raya moden beridentiti dan berjati diri,” katanya.

Program berkenaan turut merangkumi forum, bengkel dan persembahan kesenian tradisional serta kontemporari, yang membuka ruang kolaborasi antara penggiat budaya tempatan dan antarabangsa bagi memperkukuh ekosistem sastera negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619