EXCO: AI perlu kawalan ketat, elak disalah guna

17 Mac 2026, 1:29 PM
EXCO: AI perlu kawalan ketat, elak disalah guna

KUALA LANGAT, 17 MAC: Penggunaan kecerdasan buatan (AI) memerlukan mekanisme kawalan dan pemantauan bagi mengelakkan penyalahgunaan teknologi tersebut.

EXCO Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata langkah itu penting bagi memastikan AI digunakan secara bertanggungjawab.

“Sepatutnya ada badan kerajaan yang memantau supaya tidak sewenang-wenangnya digunakan AI ini mengikut ideologi dia sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bingkisan Hari Raya 2026 DUN Tanjong Sepat di Dewan Kebudayaan Homestay Pantai Batu Laut di sini hari ini.

Menurutnya, situasi itu boleh diibaratkan seperti penggunaan dron sebelum ini yang tidak dikawal sehingga digunakan di kawasan larangan.

“Dulu penggunaan dron suka hati digunakan di kawasan larangan, tetapi sekarang sudah ada kawalan dan lesen,” katanya.

Katanya, pendekatan sama perlu dilaksanakan terhadap teknologi AI bagi memastikan ia tidak menjejaskan fakta serta kepentingan masyarakat.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menegaskan AI wajar dilihat sebagai alat yang memperkukuh proses kreatif dalam industri seni, khususnya muzik dan perfileman, bukannya menggantikan peranan pengkarya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kasih Ramadan dan Iftar Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), pada 10 Mac lalu.

Menurutnya, perbincangan lanjut perlu dipergiat bersama badan berkaitan seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP), Recording Performers Malaysia Bhd (RPM) dan Public Performance Malaysia Bhd (PPM) bagi memastikan penggunaan AI tidak menjejaskan hak serta kepentingan pengkarya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619