APMM Selangor tahan dua vesel kelas C langgar syarat lesen

7 Feb 2026, 8:16 AM
APMM Selangor tahan dua vesel kelas C langgar syarat lesen
APMM Selangor tahan dua vesel kelas C langgar syarat lesen
APMM Selangor tahan dua vesel kelas C langgar syarat lesen

SHAH ALAM, 7 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan dua vesel nelayan tempatan Kelas C kerana melanggar syarat lesen di perairan Tanjung Karang, semalam.

Pengarah APMM Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata vesel tersebut dikendalikan sembilan kru lelaki warga asing berusia antara 24 hingga 50 tahun.

“Siasatan awal mendapati semua kru warga asing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah selain tidak memiliki permit kerja atau kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata vesel tersebut dikesan oleh pasukan yang melaksanakan Ops Ehsan, Ops Khas Tanjung dan Ops Mardof pada kedudukan 16.6 batu nautika barat daya Tanjung Karang.

Beliau berkata pihaknya turut merampas hasil tangkapan ikan campur seberat kira-kira 450 kilogram selain kru serta vesel terlibat dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau menasihatkan pemilik vesel tempatan untuk tidak menyalahgunakan lesen kerana tindakan itu menjejaskan industri perikanan tempatan serta sumber negara.

“Tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan aktiviti perikanan di perairan Selangor mematuhi undang-undang,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619