APMM Selangor tahan empat individu, rampas 300 kg ikan bernilai RM400,000

8 Feb 2026, 1:00 PM
APMM Selangor tahan empat individu, rampas 300 kg ikan bernilai RM400,000

SHAH ALAM, 8 FEB: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan empat individu dan merampas 300 kilogram (kg) ikan campur bernilai RM400,000 susulan pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan tempatan di sekitar perairan Selangor semalam.

Pengarah APMM Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata penahanan dilakukan kira-kira 11.20 pagi menerusi operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Selangor di kedudukan 8.4 batu nautika barat daya Sungai Besar dekat sini.

“Pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong lelaki warga tempatan berusia 50 tahun bersama tiga awak-awak warga asing berumur antara 39 hingga 51 tahun, yang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati, bot itu melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985, termasuk penggunaan mata pukat kurang 38 milimeter serta menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata kesemua kru bersama bot dan hasil rampasan dipercayai dilakukan secara tidak sah itu diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619