LUAS pantau aktiviti abstraksi air di Hulu Langat, Sekinchan, Batang Kali

7 Feb 2026, 9:01 AM
LUAS pantau aktiviti abstraksi air di Hulu Langat, Sekinchan, Batang Kali
LUAS pantau aktiviti abstraksi air di Hulu Langat, Sekinchan, Batang Kali
LUAS pantau aktiviti abstraksi air di Hulu Langat, Sekinchan, Batang Kali

SHAH ALAM, 7 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meneruskan pemantauan harian bagi memastikan pematuhan aktiviti abstraksi air bumi dan air permukaan di beberapa lokasi utama di Selangor.

Pemantauan tersebut dilaksanakan di kawasan Hulu Langat, Sekinchan dan Batang Kali yang melibatkan aktiviti pembangunan serta sektor industri.

LUAS menerusi Facebook berkata, rondaan dan pemeriksaan dijalankan secara berterusan bagi menilai pematuhan premis terhadap syarat Lesen Abstraksi Air Bumi dan Air Permukaan yang dikeluarkan.

Hasil semakan mendapati semua aktiviti pengambilan air di premis terlibat mematuhi syarat lesen ditetapkan.

Selain itu, tiada sebarang pelanggaran peraturan atau ketidakpatuhan syarat dikesan sepanjang tempoh pemantauan dijalankan.

LUAS memaklumkan pemantauan berjadual ini penting bagi memastikan penggunaan air bumi dan air permukaan dikawal selaras ketetapan undang-undang.

Agensi itu turut menegaskan bahawa sebarang pengambilan air daripada sumber air permukaan atau air bumi perlu mendapatkan lesen sah daripada LUAS.

Langkah pelesenan tersebut bertujuan memastikan jumlah penggunaan air berada pada tahap yang dibenarkan serta tidak menjejaskan kelestarian sumber air negeri.

LUAS juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kepentingan bersama.

“Sedar, cakna dan bertindak,” peringatan LUAS kepada pengguna sumber air di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619