Kes rasuah, mahkamah keluar waran tangkap terhadap dua pegawai imigresen

6 Feb 2026, 11:48 AM
Kes rasuah, mahkamah keluar waran tangkap terhadap dua pegawai imigresen

SHAH ALAM, 6 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor memperoleh perintah waran tangkap terhadap dua pegawai Imigresen kerana gagal menghadiri pertuduhan kes rasuah.

Menurut sumber, perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail selepas Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Chan Lee Lee dan Ameera D'Aneez Mohd Shukari memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua tertuduh, lapor Berita Harian

"Sebelum itu, peguam kedua-dua tertuduh, Saleh Tukimin, memberitahu mahkamah kedua-dua anak guamnya dalam tempoh cuti sakit di mana seorang mengalami 'slip disc' dan seorang lagi mengalami masalah tyroid.

"Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dilakukan sebelum 25 Februari ini," katanya.

Sebelum ini, pertuduhan kali pertama untuk kedua-dua tertuduh ditetapkan pada 21 Januari lalu bagaimanapun kedua-duanya gagal hadir dan mahkamah menetapkan semalam untuk pertuduhan kali kedua.

Kedua-dua tertuduh sepatutnya didakwa dengan kes berkaitan perbuatan rasuah yang didakwa berlaku pada 22 September 2024 di Pejabat Imigresen Terminal Pasir Gudang, Johor.

Kedua-duanya disyaki secara bersama menerima wang berjumlah RM100 sebagai dorongan untuk tidak menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap dokumen perjalanan seorang warga Indonesia.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619