Kes Agrobank rugi RM200 juta: KPKM serah siasatan kepada pihak berkuasa

5 Feb 2026, 3:10 PM
Kes Agrobank rugi RM200 juta: KPKM serah siasatan kepada pihak berkuasa

‎SHAH ALAM, 5 FEB: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu kerugian Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) membabitkan lebih RM200 juta akibat kes jenayah penipuan dalam talian.

‎Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM).

‎”Kita serah 100 peratus kepada mereka untuk menyiasat, saya tak boleh berikan komen lanjut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan MADANI Agro, di sini hari ini.

‎Semalam, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lepas.

Saifuddin berkata ‎sebanyak 47 individu ditahan berkaitan ‎kes itu dengan tiga telah didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan ‎akaun keldai.

Beliau yang tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai ‎penipuan berkaitan Agrobank dalam jawapan sama turut memaklumkan ia tidak melibatkan sebarang akaun pelanggan institusi kewangan itu.

‎Siasatan terhadap 44 suspek lain masih ‎diteruskan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan ‎bantuan CyberSecurity serta Bank Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619