AKPS rampas daging babi, itik sejuk beku, kopi bernilai lebih RM900,000

5 Feb 2026, 4:04 AM
AKPS rampas daging babi, itik sejuk beku, kopi bernilai lebih RM900,000
AKPS rampas daging babi, itik sejuk beku, kopi bernilai lebih RM900,000
AKPS rampas daging babi, itik sejuk beku, kopi bernilai lebih RM900,000

SHAH ALAM, 4 FEB: Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas daging babi dan itik sejuk beku serta biji kopi seberat 44.6 tan yang bernilai RM916,156.02 menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Barat, Klang, dekat sini.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kesemua dagangan terbabit dirampas bagi mencegah risiko kemasukan penyakit haiwan serta memastikan aspek keselamatan makanan dan kepentingan kesihatan awam negara terus terpelihara.

“Daging itik dan babi sejuk beku tersebut berasal dari Eropah barat, diimport tanpa permit import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yang sah, masing-masing melibatkan berat rampasan 16.1 tan dan 24.9 tan.

“Biji kopi pula dari negara Amerika Latin yang didapati diimport tanpa Perakuan FAMA 3P seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkaitan. Jumlah berat rampasan adalah 3.5 tan dengan anggaran nilai RM100,608.33,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata AKPS Pelabuhan Klang terus komited dalam membanteras kemasukan barangan larangan dan dagangan yang tidak mematuhi peraturan demi menjamin keselamatan, kesejahteraan serta kedaulatan negara.

Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619