Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai

4 Feb 2026, 7:37 AM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai

IPOH, 4 FEB: Mayat seorang lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan di Sungai Jambatan Kampung Lubuk, Changkat Keruing dekat Pantai Remis, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam memaklumkan menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung dan mereput di sungai berkenaan kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa ditemukan dengan hanya memakai kemeja-T. Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada tubuh badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi mengangkat mayat itu berjaya dilakukan dengan bantuan pihak bomba manakala pegawai forensik Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan pada kepala akibat hentakan objek tumpul.

Hasbullah berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim menerusi talian 019-392 7837 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung 05-688 6222 atau talian hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan," katanya.

-- BERNAMA

TAG: mayat, lelaki, bunuh, sungai, Pantai Remis

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619