Tiada pihak terlepas tindakan, KBS serah siasatan insiden bakar suar kepada polis

3 Feb 2026, 12:43 PM
Tiada pihak terlepas tindakan, KBS serah siasatan insiden bakar suar kepada polis

PUTRAJAYA, 3 FEB: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung insiden membakar suar membabitkan segelintir penyokong pasukan bola sepak Selangor FC di Terengganu, Ahad lepas.

Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata tiada pihak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.

“Selagi mana masih dalam siasatan, tidak akan ada yang terlepas daripada hukuman. Jadi saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat terlebih dahulu. Saya juga masih menunggu keputusan dan juga hasil siasatan insiden itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super antara Terengganu FC dan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, malam tadi, bagi menjalani saringan air kencing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619