Kebakaran hutan 121 hektar di Bio Desaru semakin reda, bomba teruskan pemantauan

2 Feb 2026, 8:39 AM
Kebakaran hutan 121 hektar di Bio Desaru semakin reda, bomba teruskan pemantauan

KOTA TINGGI, 2 FEB: Kawasan hutan seluas 121.4 hektar dilaporkan terbakar di Bio Desaru sepanjang Jalan Tanjung Balau-Sedili di sini, sejak dua hari lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar Penolong Kanan Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.16 pagi 31 Jan.

“Setakat 11 pagi tadi, pemantauan menggunakan dron mendapati kebakaran semakin reda dengan banyak kawasan terpadam sendiri. Namun asap masih tebal susulan kebakaran yang melibatkan kawasan bertunggul kayu serta tanah gambut.

“Jentera pengorek kaut (backhoe) digunakan untuk membuka dua laluan di tengah kawasan terbakar sebagai akses mempercepat anggota membuat kerja pemadaman lokasi yang masih menyala dan berasap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Soleh berkata operasi pemadaman menggunakan beberapa aliran pancutan air dengan sumber air terbuka dari parit berhampiran selain pembinaan fire break bagi mengawal kemerebakan api.

Beliau berkata akan terus melakukan pemantauan rapi di kawasan sekitar bagi mengelak api merebak keluar dari kawasan, terutamanya ketika keadaan angin kuat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619