Kes rasuah e-sisa: SPRM beku akaun RM1 juta, sita wang tunai RM170,000

1 Feb 2026, 1:22 AM
Kes rasuah e-sisa: SPRM beku akaun RM1 juta, sita wang tunai RM170,000

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan dua akaun bank bernilai kira-kira RM1 juta dalam siasatan kes pengurusan sisa elektronik (e-sisa) membabitkan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan seorang orang awam.

Menurut sumber, pembekuan membabitkan satu akaun syarikat berjumlah kira-kira RM700,000 dan satu akaun milik individu kira-kira RM300,000, selain sitaan wang tunai sebanyak RM170,000.

“Pada masa sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat pengurusan buangan terjadual yang terlibat dengan aktiviti pelupusan bahan buangan secara haram,” katanya.

Pada Jumaat lepas, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan penolong pegawai JAS ditahan reman tujuh hari hingga Khamis ini, manakala seorang lagi orang awam direman selama tiga hari hingga hari ini.

Siasatan kes berkenaan telah mula dijalankan Bahagian Siasatan SPRM sejak 19 Jan lepas.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619