Kebakaran tujuh rumah di Jinjang, lelaki OKU melecur

31 Jan 2026, 2:07 PM
Kebakaran tujuh rumah di Jinjang, lelaki OKU melecur

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) melecur di kaki dalam kejadian kebakaran membabitkan tujuh rumah di Jinjang, Kepong di sini tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan lelaki tempatan berusia 41 tahun itu yang turut mengalami sesak nafas kini sedang menerima rawatan di zon kuning Hospital Selayang.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 12.34 tengah hari sebelum 46 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Menjalara, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Sri Hartamas bersama lapan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan tujuh rumah dan tindakan pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive telah dilakukan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran,” katanya.

JBPM berkata kebakaran dapat dikawal pada 2.34 petang sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.37 petang dan semua rumah mengalami kemusnahan 100 peratus.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619