Pelajar tahfiz cedera dipercayai dipukul tiga rakan di Kajang, polis buka siasatan

28 Jan 2026, 1:12 AM
Pelajar tahfiz cedera dipercayai dipukul tiga rakan di Kajang, polis buka siasatan

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Seorang pelajar tahfiz mendakwa mengalami kecederaan akibat dipukul oleh tiga rakan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kajang, 18 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Isnin lepas kira-kira 11.28 pagi.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12.30 tengah malam, menyebabkan mangsa mengalami lebam serta bengkak pada kedua-dua belah tangan.

"Pihak polis mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung kes tersebut dan punca sebenar kejadian kini sedang dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Naazron berkata kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Muhammad Haniffa Abd Rajk menerusi talian 019-7356544.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619