Polis siasat kes bunuh di Klang Utara, mangsa miliki tiga rekod jenayah

20 Jan 2026, 8:52 AM
Polis siasat kes bunuh di Klang Utara, mangsa miliki tiga rekod jenayah

SHAH ALAM, 20 JAN: Polis Selangor sedang menyiasat satu kes bunuh selepas seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun ditemui tidak sedarkan diri di Klang Utara, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata maklumat diterima daripada orang awam pada kira-kira jam 7.26 pagi melalui Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berbangsa tidak pasti dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk dua kes pecah rumah (Seksyen 457 Kanun Keseksaan) dan satu kes melibatkan senjata berbahaya (Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya),” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan motif kejadian masih dalam siasatan polis.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Muhamad Ramli di 012-9392198 atau Bilik Gerakan IPD Klang Utara di 03-32912222.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619