Empat kilang terbakar di Banting dengan dua daripadanya musnah

15 Jan 2026, 1:01 AM
Empat kilang terbakar di Banting dengan dua daripadanya musnah
Empat kilang terbakar di Banting dengan dua daripadanya musnah
Empat kilang terbakar di Banting dengan dua daripadanya musnah
Empat kilang terbakar di Banting dengan dua daripadanya musnah
Empat kilang terbakar di Banting dengan dua daripadanya musnah

SHAH ALAM, 15 JAN: Empat kilang di Kawasan Perindustrian, Jalan 5 Kampung Olak Lempit, Banting terbakar malam tadi mengakibatkan dua daripadanya musnah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.03 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses minyak dan berlaku letupan dalam premis berkenaan.

“Pemadaman dilakukan secara ‘defensive’ bagi mengawal api daripada merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba melakukan kerja ‘firebreak’ bagi menghalang api merebak ke kilang berhampiran, namun pada jam 1.15 pagi, kebakaran turut dilaporkan melibatkan dua kilang lain.

“Kebakaran membabitkan dua kilang musnah 100 peratus, manakala dua kilang lain masing-masing terbakar lima dan satu peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.

Operasi menyelamat melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting bersama bantuan BBP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), BBP Dengkil, BBP Cyberjaya, BBP Bangi, BBP Petaling Jaya, BBP Presint 7 (Putrajaya) serta BBP Nilai, Negeri Sembilan.

Turut membantu operasi ialah Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sri Serdang dan PBS Rantau Panjang.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di lokasi bagi membantu koordinasi keselamatan dan kesihatan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619