AGENDA

Enam kilang, sebuah gudang terbakar di Puchong

14 Mac 2025, 10:20 AM
Enam kilang, sebuah gudang terbakar di Puchong

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Enam kilang dan sebuah gudang terbakar dalam kejadian di Taman Industri Puchong, Selangor pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kebakaran itu melibatkan dua kilang besi manakala yang lain ialah kilang memproses makanan, kilang kompresor dan kilang kimpalan yang terbakar kira-kira 80 peratus.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 42 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Cyberjaya, Jalan Penchala, Petaling Jaya, Damansara dan Sri Kembangan dikerahkan bagi operasi pemadaman kebakaran itu.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619