MPKL sita dua kenderaan buruk terbiar ganggu kawasan awam

14 Jan 2026, 12:30 PM
MPKL sita dua kenderaan buruk terbiar ganggu kawasan awam

SHAH ALAM, 14 JAN: Dua kenderaan buruk yang ditinggalkan di kawasan awam disita dalam operasi penguatkuasaan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) di sekitar Taman Langat Utama dan Taman Langat Murni, kelmarin.

MPKL memaklumkan, operasi di bahu jalan di kedua-dua lokasi itu bermula jam 11.50 pagi hingga 12.20 tengah hari, melibatkan tindakan terhadap kenderaan terbiar yang mengganggu keteraturan kawasan awam.

Menurutnya, tindakan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 46(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang menetapkan kesalahan meletakkan atau menyebabkan kenderaan buruk atau mana-mana bahagiannya diletakkan di tempat awam.

"Kuasa untuk memindah dan menyita kenderaan terbabit pula dilaksanakan di bawah Seksyen 46(3)(a) akta yang sama.

"Melalui operasi ini, dua kenderaan disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619