Dron MPKL kesan kegiatan buang sampah secara haram di dua lokasi

27 Feb 2026, 5:16 AM
Dron MPKL kesan kegiatan buang sampah secara haram di dua lokasi

SHAH ALAM, 27 FEB: Pemantauan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menggunakan dron berjaya mengesan kegiatan pembuangan sampah secara haram di kawasan Bukit Changgang dan Kampung Lombong, Kuala Langat baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, dua notis kesalahan dikeluarkan masing-masing pada 8 dan 12 Januari lalu di bawah Undang-Undang Kecil 4, Undang-Undang Kecil (4) Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MDKL 2007.

"MPKL akan terus mempergiat usaha membanteras aktiviti pembuangan sampah haram di sekitar daerah melalui pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan.

"MPKL tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa," tegasnya.

Pemantauan MPKL menggunakan dron berjaya mengesan kegiatan pembuangan sampah secara haram di kawasan Kampung Lombong, Kuala Langat pada 8 Januari 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkaitan aktiviti pembuangan sampah haram boleh menyalurkan laporan laluai saluran berikut:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619