Tayar lori meletup terpelanting timpa kereta di SKVE

11 Jan 2026, 11:22 AM
Tayar lori meletup terpelanting timpa kereta di SKVE

SEPANG, 11 JAN: Tayar belakang sebelah kiri sebuah lori jongket dikenal pasti meletup dan terpelanting sebelum menimpa sebuah kereta di Jalan Kajang-Puchong, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kejadian pada 8 malam itu berlaku ketika lori terbabit dalam perjalanan dari Kajang ke Puchong, Selangor, dan kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati tayar lori itu terpelanting ke bawah jejambat dan menimpa bumbung bahagian belakang sebuah kereta Proton Satria Neo berwarna hitam. Ia hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang menerima laporan berhubung kejadian itu sejurus kemalangan berlaku.

Norhizam berkata kedua-dua pemandu berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu tampil ke IPD Sepang membuat laporan polis.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis serta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nurul Sakela Ramli di talian 019-558 8221 atau 03-8777 4264.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619