Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda

9 Jan 2026, 4:39 AM
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda
Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah berkenan mengurniakan sebuah masjid bagi penduduk di kawasan Batu Muda, di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah tapak masjid seluas dua ekar yang diperkenankan itu terletak di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

“Sudah lama saya simpan hajat untuk memberi sebuah masjid untuk penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan setelah berbincang dengan Datuk Bandar, hari ini pada Jumaat yang mulia, hajat ini dapat dizahirkan.

“Seluruh kos berkaitan pembinaan masjid ini akan ditanggung oleh saya sendiri. Reka bentuknya juga saya tentukan untuk diambil berasaskan Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru. Semoga ia bermanfaat untuk semua, dunia dan akhirat, Insya-Allah,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Fadlun Mak Ujud, yang diperkenankan menghadap di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Rosli Nordin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619