PM: Kerajaan Madani komited perkukuh keharmonian, ekonomi negara

1 Jan 2026, 1:11 PM
PM: Kerajaan Madani komited perkukuh keharmonian, ekonomi negara
PM: Kerajaan Madani komited perkukuh keharmonian, ekonomi negara

KUALA LUMPUR, 1 JAN: Kerajaan Madani akan terus memberikan komitmen bagi memastikan keharmonian dalam kepelbagaian kekal menjadi teras kemajuan negara, selain memperkukuh ekonomi demi kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan akan melangkah ke hadapan penuh keyakinan bersama-sama rakyat dalam menyambut harapan baharu pada tahun ini.

“Inilah komitmen Kerajaan Madani untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook malam ini.

Dalam hantaran sama, Anwar turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia malam tadi, yang turut menjadi pemangkin awal kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Kempen TMM 2026 membuka tirainya secara rasmi menerusi penganjuran Visit Malaysia 2026 Countdown Festival, iaitu sambutan ambang tahun baharu berskala besar yang berlangsung meriah di Pavilion Kuala Lumpur.

Festival kira detik yang disertai Anwar, menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619