Daftar pemilih tambahan November 2025 dibuka untuk semakan hingga 21 Januari

23 Dis 2025, 1:15 PM
Daftar pemilih tambahan November 2025 dibuka untuk semakan hingga 21 Januari
Daftar pemilih tambahan November 2025 dibuka untuk semakan hingga 21 Januari
Daftar pemilih tambahan November 2025 dibuka untuk semakan hingga 21 Januari
Daftar pemilih tambahan November 2025 dibuka untuk semakan hingga 21 Januari

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2025 (DPT BLN11/2025) dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 21 Januari 2026, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus.

Beliau berkata DPT BLN11/2025 yang diperaku pada 22 Disember 2025 dan diwartakan hari ini, mengandungi 40,482 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 November 2025 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

"Selain itu, 14,131 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 1,303 orang pemilih bertukar kategori pengundi atau status," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Shahril berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.

Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

Dalam pada itu, SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 November 2025 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi atau status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN11/2025.

“Sekiranya pemilih mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2025, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri berkenaan.

"Di samping itu, mana-mana pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang bertukar bahagian pilihan raya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk serahan serta pembayaran fi bantahan pada waktu pejabat sepanjang tempoh semakan DPT BLN11/2025.

Sebarang pertanyaan berkaitan urusan semakan DPT BLN11/2025, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my atau menghubungi SPR di talian 03-8892 7218, atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619