AGENDA

Daftar pemilih baharu 18 tahun boleh disemak hingga 7 Oktober

8 Sep 2023, 1:58 PM
Daftar pemilih baharu 18 tahun boleh disemak hingga 7 Oktober

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2023 (DPTBLN6/2023) telah diperaku semalam dan diwartakan hari ini.

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN6/2023 dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 7 Okt.

“DPT BLN6/2023 ini mengandungi 38,491 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 8,568 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 4,200 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN6/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my ; aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my; aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.

Beliau seterusnya menyeru warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 Jun 2023 hingga 30 Jun 2023 dan pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN6/2023.

Ikmalrudin berkata sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN6/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

”Di samping itu mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan ia hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN6/2023.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN6/2023 ini, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619