Pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing di Mersing

22 Dis 2025, 3:31 PM
Pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing di Mersing

MERSING, 22 DIS: Seorang pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing bersama dua saudaranya, selepas bot dinaiki mereka terbalik di Loji Air Felda Nitar 2 di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata lokasi Mohammad Putera Rizzurin Md Noh, 36, dilaporkan hilang kira-kira tujuh kilometer dari jeti loji berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 5.43 petang, sebelum sebuah Fire Rescue Tender(FRT), Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), Navara dan Hilux dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Mersing serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kluang digegaskan ke lokasi kejadian.

"Jumlah mangsa terlibat tiga orang, bagaimanapun dua daripada mereka yang berusia 29 dan 36 tahun berjaya menyelamatkan diri.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian bertindak melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta menjalankan pemantauan di kawasan kejadian bagi mengesan petugas Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2 itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muiz berkata operasi SAR masih diteruskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619