OIC kecam serangan Israel ke atas sekolah tempatkan penduduk Gaza

22 Dis 2025, 12:05 AM
OIC kecam serangan Israel ke atas sekolah tempatkan penduduk Gaza

JEDDAH, 21 DS: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya jenayah berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza, termasuk serangan terbaharu ke atas sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk yang hilang tempat tinggal, yang mengorbankan tujuh rakyat Palestin dan mencederakan puluhan orang awam, dalam pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

OIC mengulangi gesaannya kepada masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya memikul tanggungjawab dengan menamatkan semua jenayah dan pelanggaran yang dilakukan oleh Israel, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Ia turut menggesa supaya gencatan senjata menyeluruh dan berkekalan dilaksanakan, selain memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan tanpa halangan, serta menjamin pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza.

OIC juga menekankan keperluan untuk mengaktifkan mekanisme keadilan jenayah antarabangsa bagi memburu dan mempertanggungjawabkan semua pegawai Israel yang terlibat dalam melakukan jenayah berat berkenaan, serta memastikan mereka tidak terlepas daripada hukuman.

-- BERNAMA-SPA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619