Mayat dalam beg ditanam dipercayai wanita hilang di Ampang

18 Dis 2025, 3:29 PM
Mayat dalam beg ditanam dipercayai wanita hilang di Ampang

SEREMBAN, 18 DIS: Mayat ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, di sini dipercayai wanita yang dilaporkan hilang di Ampang, Selangor, sejak 8 Disember lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu di Balai Polis Ampang, Ampang Jaya, pada Isnin.

Beliau berkata laporan terbabit diserahkan kepada Balai Polis Pedas, Rembau hari ini sebelum menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi yang dikesan terdapat pelakuan jenayah.

“Berdasarkan pemeriksaan di sekitar kawasan rumah, polis menemukan satu beg mengandungi mayat seorang wanita yang ditanam di kawasan belakang rumah itu.

“Prosedur bedah siasat akan dijalankan esok dan polis kini sedang giat menjalankan siasatan serta mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau menerusi talian 06-6852222.

Alzafny hari ini mengesahkan penemuan mayat wanita itu, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita berusia 53 tahun yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember lepas selepas ibu saudaranya membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan itu Isnin lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619