Jalan sekitar The Campus, Ampang ditutup berperingkat Sabtu ini

18 Dis 2025, 2:16 PM
Jalan sekitar The Campus, Ampang ditutup berperingkat Sabtu ini
Jalan sekitar The Campus, Ampang ditutup berperingkat Sabtu ini
Jalan sekitar The Campus, Ampang ditutup berperingkat Sabtu ini
Jalan sekitar The Campus, Ampang ditutup berperingkat Sabtu ini

SHAH ALAM, 18 DIS: Beberapa jalan di sekitar The Campus, Ampang akan ditutup sementara dan berperingkat sempena penganjuran Larian KITA "Saturday Night Run Ampang" 2025.

Penutupan melibatkan jalan berikut:

  • Jalan Kerja Air Lama sehingga Jalan 4K

  • Jalan Ulu Kelang dari Persimpangan Jalan Kerja Air Lama sehingga simpang masuk Jalan Memanda 2

  • Sekitar The Campus jalan keluar dan masuk

  • Jalan Memanda, Jalan Memanda 1, Jalan Memanda 10,11 & 27

  • Susur Keluar dari Ampang - Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) (turun ke Jalan Kolam Ayer Lama)

  • Jalan Lingkaran Tengah 2 (bawah jambatan berhampiran PETRON hingga simpang Jalan Memanda 2 Laman Santai)

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan, penutupan jalan akan dilaksanakan pada 20 Disember 2025 bermula jam 7 hingga 11 malam.

Justeru, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ampang, Jalan Kampung Melayu, Jalan Memanda 9 dan Jalan 4K.

MPAJ turut menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik.

"Kerjasama dan sokongan warga Ampang Jaya amat dihargai bagi menjayakan acara komuniti ini agar dapat berlangsung dengan lancar, selamat dan penuh kemeriahan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619