Harimau Malaya dijangka turun ranking susulan FIFA batal tiga keputusan

18 Dis 2025, 8:29 AM
Harimau Malaya dijangka turun ranking susulan FIFA batal tiga keputusan
Harimau Malaya dijangka turun ranking susulan FIFA batal tiga keputusan
Harimau Malaya dijangka turun ranking susulan FIFA batal tiga keputusan

SHAH ALAM, 18 DIS: Skuad Harimau Malaya berdepan tamparan hebat apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membatalkan tiga keputusan perlawanan terdahulu susulan menurunkan pemain tidak layak beraksi.

Dua kemenangan ke atas Singapura dan Palestin serta keputusan seri menentang Cape Verde dianggap terbatal sekali gus merekodkan kekalahan 0-3 bagi setiap perlawanan tersebut dan menamatkan rekod tanpa kalah skuad kebangsaan sepanjang tahun ini.

Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Artikel 19 Kod Disiplin FIFA yang berkaitan kesalahan menurunkan pemain tidak layak, dibaca bersama Artikel 28.

“Bukan sahaja denda boleh dikenakan, malah keputusan perlawanan turut dibatalkan dan direkodkan sebagai tewas 3-0. Hukuman ini memberi kesan langsung kepada kedudukan ranking FIFA negara,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau menjelaskan, walaupun perlawanan berstatus persahabatan, keputusan tersebut tetap diambil kira dalam pengiraan mata ranking FIFA.

Ketika ini, Malaysia berada di ranking ke-116 dunia dengan 1,168.41 mata, namun pembatalan tiga perlawanan itu dijangka menyebabkan kedudukan Harimau Malaya merosot dengan ketara.

Laman sesawang pemantau ranking bola sepak antarabangsa, footyrankings, menjangkakan skuad kendalian Peter Cklamovski bakal terkeluar daripada kelompok 120 terbaik dunia.

“Berdasarkan pengiraan kami, Malaysia akan kehilangan kira-kira 22.95 mata ranking FIFA dan dijangka turun ke kedudukan ke-122 dunia.

“Kemaskini rasmi ranking FIFA dijangka diumumkan esok, 19 Disember,” menurut laman sesawang itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619