Keputusan CAS: FIFA tangguh penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya - FAM

27 Jan 2026, 12:52 PM
Keputusan CAS: FIFA tangguh penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya - FAM

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu serta konfederasi berkaitan supaya menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan Harimau Malaya di peringkat domestik dan benua dengan serta-merta susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

"Dilampirkan adalah maklum balas daripada FIFA berkenaan keputusan CAS untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

"FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, FAM memaklumkan bahawa CAS telah membenarkan tujuh pemain warisan terbabit yang sebelum ini digantung untuk kembali beraksi selepas permohonan Penangguhan Pelaksanaan yang dikemukakan mereka diterima.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619