Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, Sarawak semakin pulih

15 Dis 2025, 11:45 AM
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, Sarawak semakin pulih

KUALA LUMPUR, 15 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dilaporkan meningkat sedikit setakat 5 petang tadi manakala situasi di Sarawak semakin pulih.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 326 orang daripada 101 keluarga, berbanding 299 orang daripada 78 keluarga pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di daerah Hulu Terengganu, 274 orang daripada 87 keluarga berlindung di lima PPS sejak malam tadi.

PPS berkenaan ialah Bangunan PPS Kampung Lubok Periok, Masjid Kampung Peneh, Balai Raya Kampung Kemat, Balai Raya Kampung Pelandan dan Balai Raya Kampung Tapah.

Sementara itu, di daerah Kemaman, 52 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, Masjid Sungai Mas dan Dewan Sivik Air Putih.

Di SARAWAK, JPBN negeri memaklumkan situasi banjir semakin pulih dengan hanya dua PPS masih beroperasi di Miri.

JPBN dalam kenyataan memaklumkan setakat petang ini, 11 orang daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaaan Suai, Niah dan PPS Dewan Bulan Sabit Merah, berbanding 18 orang daripada sembilan keluarga pada pagi tadi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619