Insentif untuk jabatan, agensi capai sasaran 100,000 pokok setahun

12 Dis 2025, 2:00 PM
Insentif untuk jabatan, agensi capai sasaran 100,000 pokok setahun

DENGKIL, 12 DIS: Kerajaan Selangor menyediakan insentif kepada jabatan dan agensi yang berjaya mencapai sasaran penanaman 100,000 batang pokok sepanjang tahun depan bagi memperkukuh agenda penghijauan negeri.

EXCO Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata insentif berkenaan diperkenalkan bagi memastikan sasaran baharu 2026 dapat dicapai selaras dengan agenda penghijauan yang digariskan Kerajaan Negeri.

“Setiap pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah serta jabatan dan agensi disasarkan untuk menanam kira-kira 100,000 batang pokok sepanjang tahun bagi mencapai sasaran 11 juta pokok seperti yang dititahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin menanam anak pokok merbau dalam program Growing Roots 2025 (Tanam Pokok Mega 2025) di Paya Indah Wetland, Kuala Langat pada 12 Disember 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tanam Pokok Mega 2025 di Paya Indah Wetlands, di sini, hari ini.

Menurut Jamaliah, kaedah dan mekanisme penanaman diserahkan kepada kreativiti jabatan masing-masing termasuk pendekatan pengumpulan serta pelaporan data.

Jamaliah berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bersama Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor (SCACC) akan terus menyelaras dan memantau semua aktiviti penanaman pokok di seluruh negeri.

Tegasnya, komitmen berterusan itu mencerminkan tekad Kerajaan Negeri dalam memastikan usaha pemuliharaan alam sekitar dan penghijauan dilaksanakan secara terancang serta berkesan.

“Kejayaan inisiatif ini memerlukan penyertaan masyarakat dan sektor korporat bagi meningkatkan lagi aktiviti penanaman pokok di kawasan masing-masing,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619